Thursday, December 18, 2008

tazkirah jumaat!!!

hye readers...

memandangkan hari ni hari JUMAAT..sedikit tazkirah ingin aku share ngan korang buat renungan kite bersama...renung2kan dan selamat beramal...


JUMAAT mempunyai banyak keistimewaan dan kemuliaannya. Jumaat penghulu segala hari ialah hari yang Allah pilih untuk menjadi hari besar dalam seminggu bagi kehidupan Muslim. Syaikh Ibnul Qayyim dalam bukunya Zaadul Maad mencatatkan: “Hari Jumaat ialah hari yang paling komprehensif untuk beribadah. Kemuliaan hari ini bila dibandingkan dengan hari lainnya dalam seminggu, laksana kemuliaan Ramadan dibandingkan dengan bulan lainnya dalam setahun. Waktu mustajab pada Jumaat, seperti waktu mustajab pada malam lailatul qadar pada Ramadan.”

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik dan semulia-mulia hari terbit matahari padanya ialah hari Jumaat.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud) Tidak diragui lagi bahawa sebaik-baik hari bagi orang Islam adalah Jumaat. Pada Jumaat, Allah menciptakan Adam sebagai manusia pertama di muka bumi dan Allah menurunkannya ke bumi juga pada Jumaat. Pada hari itu jugalah Allah terima taubat Adam yang melanggar larangan-Nya ketika di syurga. Adam wafat pada Jumaat.

Berdasarkan banyak keterangan hadis sahih, diyakini kiamat akan terjadi pada Jumaat. Itulah hari kita bertanggungjawab atas segala amal baik dan buruk yang selama ini kita perlihatkan atau sembunyikan ketika hidup di dunia. Pada hari itu juga kita akan sengsara dan menyesal untuk selamanya atau sangat bahagia untuk sepanjang masa. Selain itu, banyak lagi peristiwa penting yang berlaku pada Jumaat yang meninggalkan sejarah untuk kaum Muslimin antaranya kemenangan Nabi Muhammad SAW dalam perang Badar dan sekali gus dapat memasuki kota Makkah. Sementara pasukan Salahuddin Al-Ayyubi beroleh kemenangan dalam pertempuran Hittin dan berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman orang Kristian. Peristiwa lain tidak kurang penting untuk diingati ialah berhasilnya Umar Al-Khattab menyelamatkan kota Palestin.

Kemuncak kepada kemuliaan, keagungan dan kebesaran Jumaat ialah apabila Allah mewajibkan solat fardu Jumaat bagi lelaki sementara hari lain mereka diwajibkan menunaikan solat Zuhur. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Solat Jumaat wajib bagi setiap Muslim, dilaksanakan secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu hamba sahaya, orang perempuan, anak kecil dan orang yang sakit.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Al-Hakim) Orang perempuan tidak wajib melaksanakan solat Jumaat. Bagaimanapun, jika mereka turut melaksanakan solat Jumaat, hukumnya sah dan tidak perlu mengerjakan solat fardu Zuhur lagi. Wajib dan penting solat Jumaat dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Apabila kamu diseru untuk menunaikan ibadah solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu keluar dan berjalan (dan berhimpun) untuk mengingat Allah dan hendaklah kamu semua meninggalkan segala urusan perniagaan (jual beli). Yang demikian itu adalah suatu kebaikan bagi kamu jika kamu mengetahuinya.” (Surah al-Jum’ah, ayat 9) Kita diminta membersihkan diri sebelum melangkah ke masjid, berpakaian bersih dan digalak memakai wangian. Jangan lambat ke masjid kerana dikhuatiri tidak mendapat pahala solat Jumaat. Seelok-eloknya pergi awal kerana banyak keistimewaannya bagi mereka yang datang awal ke masjid untuk solat Jumaat.
Diriwayatkan Imam Ahmad dan dihukumkan sebagai hadis hasan oleh Al-Albani, daripada Abu Ghalib, daripada Abu Umamah mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Pada Jumaat, malaikat duduk di pintu masjid. Mereka membawa lembaran catatan amal dan menuliskan pahala bagi orang yang masuk masjid. Jika imam keluar maka lembaran catatan itu ditutup.” Adalah rugi dan malang sesiapa sengaja melalaikan atau meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang uzur yang diharuskan syarak ke mereka tergolong melakukan dosa besar dan Allah membuat hati mereka tertutup, tidak mampu merasakan nikmat Islam serta merasakan lazatnya keimanan.
Diriwayatkan Imam Muslim daripada Abdullah Umar dan Abu Hurairah, bahawa kedua-duanya mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Kebinasaan terhadap kaum yang meninggalkan solat Jumaat atau Allah akan menutup hati mereka, kemudian menjadikan mereka orang yang lalai.” (Hadis riwayat Muslim, An-Nasa’i dan Ibnu Majah) Diriwayatkan oleh At-Tirimizi daripada Abu Ja’d Adh-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana menganggap remeh, nescaya Allah akan mencop hatinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi, An-Nisa’i dan Ibnu Majah) Diharapkan apabila kita mengetahui kelebihan, kemuliaan dan keistimewaan yang ada pada hari Jumaat, maka kita hendaklah melipatgandakan amalan serta ibadah dalam usaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah di samping meraih pahala berlipat ganda nilainya pada Jumaat.

3 comments:

frasylivelux said...

hurmm...
nak tanye sket...
adakah awak nie mengamalkan nye..???
hikhik... =p

yananana said...

hadoi,kejam nyer comment atas nih..hihi.salute lah midie ngan post nih :)

midie said...

heheheh
kkdng2 tu amalkan la..
tp manusian kat xperfect so saling mengingati tu kan bgs!