Wednesday, December 17, 2008

new experince..new life begin!!!



hujan yang turun membasahi bumi hari ini membawa satu dampak yang baru dalam hidupku. melihat aak-anak kecil mencari rezeki di kala hujan turun benar-benar menyentuh hati kecilku. anak seusia 9 hingga 15 tahun mengabdikan diri kepada yang memerlukan demi sesuap nasi. hanya bermodalkan sekaki payung anak yang rela basah dan tidak berselipar itu berlegar di ruang pusat membeli belah pasaraya untuk mencari rezeki


Hujan? mungkin ramai di luar sana tidak suka akan hari yang hujan. lecak, limpur, basah, kotor dan pelbagai lagi tanggapan yang bisa kita peroleh dari insan-insan yang sebenarnya tidak pernah anteng akan kehidupan orng sekeliling. mungkin kita tidak suka tetapi ada orng diluar sana mencari rezeki di kala hujan datang. kita tidak boleh mahukan sesuatu perkara berdasarkan kemahuan dan kehendak kitta semata-mata. fikirlah akan orng lain dan janganlah kita bersifat mementingkan diri sendiri.


menyusuri jalan-jalan sekitar blok M benar-baner membuka mataku sehingga air mata yang bergelinang di mata tidak dapat ku tahan lagi. aku bersyukur kepadamu ya Allah. walaupun aku pernah merungut kepada orng tua ku akan kekurangan yang ku rasakan, tetapi dengan kejadian yang berlaku hari ini aku sedar betapa bertuahnya aku kalau hendk dibandingkan dengan anak-anak seperti tadi. alhamdulillah aku bersyukur sangat.


aku sedar aku banyak melakukan silap dalam hidupku. usai solat maghrib aku berdoa agar diberikan taufiq dan hidayah kepadaku agar aku dapat kembali ke jalan yang benar dan lurus serta jalan yang diredhai Allah. sahabatku pernah berkata untuk menjadi seorng yang alim, ia tidak kira berapa banyak dosa yang telah dilakukan sebaliknya berapa banyak kali kita tangisi akan dosa yang telah kita lakukan. maksudnya terlalu dalam. aku sedar aku bukan la sempurna, aku manusia bisa yang sering alpa dan lalai tetapi aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik.


pada kejadian tdi juga aku sempat terkenangkan kedua orng tuaku. rasa sebak sangat sebab terkenangkan pengorbanan yang mereka telah lakukan. aku takut sangat aku tidak sempat untuk membalas jasa mereka. betul kata nad, terfikir jugak, bila2 je Allah boleh tarik nyawa… sekarang kte bley lagi gelak2 la.. Bley go on9(heh~)… mana tau inilah kali terakhir ngadap laptop… hurm… ingat maut kan sunat… tambah dalam mutabaah ibadah mengingati maut kay…
kepada teman-teman yang lain..sayangilah kedua orng tua anda kerana ada ada sebhagian orang dalam dunia ini tidak pernah merasakan kehadiran mereka.



4 comments:

$aiFuL aMiR raMaLi said...

Fuhh... terkaget aku... menusuk kalbu kisahmu... benar kata2 mu wahai sahabatku...semoga kita sedar akan kesilapan kita dan kita perbetolkannya... Insyallah,hidup yang diberkati Allah adalah hidup yang paling bermakna bg kita semua... (tp aku pn lebih kughang jugak..~ hehe!)

midie said...

setiap manusia tidak dpt lari daripada melakukan kesilapan...learn from mistake k???hehehhe btw thanx for ur comment..

yananana said...

midie,saya pon sedey jugak tgk budak2 tuh basah sumenyer.kesian dorg kn?xpe2,nanti da jdi dentist,kite tolong dowg kay?btw,gambar org yg mata die pki eye shadow biru tuh wat akak terkejut.hehe

midie said...

terkejut ye???hhehehe its nice la..the image is focus on her beautiful eyes!!hehehhe